Selasa, Januari 13, 2009

Kumpulan kisah-kisah & cerita-cerita islami (bag 4)

JEJAK SYURGA ATAU JEJAK NERAKA...

KE MANA ANDA SEKARANG?

Kita sekarang dihidupkan oleh Allah, di bumi Allah dan di dalam zaman yang Allah tentukan. Selepas itu kita akan dikembalikan, sama ada disedari atau tidak ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka.

Sekarang kita sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih - syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka.

Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhammad saw. juga menguatkan lagi melalui hadith-hadithnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.

Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka...

Pilih dan ikutlah jalan ke syurga sebagaimana yang disenaraikan di bawah:

  • beramal semasa muda lagi
  • bertolong-tolongan kerana Allah
  • jauhi diri dan keluarga dari zina
  • mendidik anak kewajipan beragama
  • mendirikan solat wajib dan sunat
  • bertahajjud di tengah malam
  • menangis dan menginsafi diri kerana takut akan ALlah
  • bersedekah, menderma dan berwakaf secara senyap
  • berpaut hati pada masjid
  • sentiasa belajar hal-ehwal agama
  • sembahyang berjemaah
  • selalu berada di tempat pengajian agama
  • menziarahi orang sakit
  • mengiringi mayat hingga ke kubur
  • mengadakan khenduri cara Islam
  • mendamaikan pergaduhan
  • menolong anak yatim dan miskin
  • dan lain-lain perkara kebajikan

Pada masa yang sama hindarilah jejak neraka yang disenaraikan di bawah:

  • tidak mengajar anak hal-hal keagamaan
  • kaya tapi bakhil
  • menipu
  • mengambil arak, dadah dan yang memabukkan
  • mengadakan majlis maksiat
  • berzina
  • memakan harta anak yatim
  • meringankan sembahyang
  • tidak mengeluarkan zakat
  • panjang angan-angan dan tak mahu bertaubat
  • meninggalkan sembahyang
  • durhaka kepada ibu bapa
  • berbuat fitnah
  • suami dayus (membebaskan isteri)
  • ibu bapa dayus (membebaskan anak)
  • makan harta haram
  • berbohong dan berdusta
  • menggunakan sihir
  • dengki dan khianat

Sementara kita diberi peluang oleh Allah untuk memilih jalan yang menentukan nasib kita pada masa hadapan, marilah sama-sama kita saling bantu-membantu menegakkan amar makruf dan nahi mungkar yang dewasa ini sudah kurang berfungsi dan tidak diberi keutamaan lagi.

Sekian, wassalam.

ANJING MUSAFIR

Diceritakan bahawa pada suatu hari Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.

Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.

Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing.

“Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” Tanya Abdullah bin Jaafar.

“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.

“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” Tanya Abdullah.

“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” Jawab si hamba.

Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus...bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”

Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.

(*) Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib lahir di Negeri Habsyah ketika umat Islam sedang berpindah ke sana dengan dipimpin oleh ayahnya Jaafar bin Abi Talib. Dialah keluarga Bani Hasyim yang paling akhir melihat Rasulullah SAW Ketika Nabi SAW membaiatnya, Abdullah bin Jaafar baru berumur tujuh tahun, turut bersama dalam baiat itu Abdullah bin Zubair yang umurnya juga baru tujuh tahun.

Abdullah bin Jaafar memang terkenal sangat dermawan. Dia pernah bersedekah sehingga beribu-ribu dinar dalam satu masa, enam puluh ribu, empat puluh ribu dinar dan lain-lain. Muawiyah sangat suka kepadanya dan memberinya satu juta dirham setiap tahun. Suatu masa ketika Muawiyah mengerjakan memberinya lima puluh ribu dinar. Abdullah bin Jaafar wafat pada tahun 83 Hijrah

Khalifah Umar Abdul Aziz Hidup Sederhana


Suatu hari Khalifah Umar Abdul Aziz berpidato di hadapan kaum muslimin. Sebagaimana biasa, pidato beliau sangant menarik dan memikat para pendengar. Akan tetapi pada kali ini, selain daripada kandungan pidatonya, gerak-gerik Khalifah pun turut menjadi perhatian. Khalifah sering memegang dan mengibas-ngibaskan bajunya ketika berpidato, sesekali di sebelah kanan dan sesekali di sebelah kiri. Dengan demikian orang ramai menyadari bahawa gerakan tangan Khalifah tidak ada hubungannya dengan kandungan pidato.

Setelah Khalifah turun daripada tempat berpidato, mereka saling bertanya dan akhirnya diketahui rahasianya. Dikatakan bahwa baju yang dipakai Khalifah baru saja dibasuh dan belum kering. Karena tidak ada baju lagi, maka baju itu dipakainya juga. karena itu beliau selalu mengerak-gerakkan bajunya ketika berpidato agar cepat kering.

Ketika Khalifah Umar sakit, pakaian yang dipakainya telah kotor. Muslimah Abdul Aziz kakak Fatimah Abul Malik datang menemui adiknya dan melihat Khalifah yang sedang sakit. "Fatimah, basuhlah pakaian Khalifah itu. Sebentar lagi orang ramai akan masuk menemuinya", tegur Muslimah. "Demi Allah, beliau tidak punya pakaian lagi kecuali yang dipakai itu", jawab Fatimah.

Seorang perempuan Mesir telah datang ke Damsyik kerana ingin bertemu dengan Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz. Dia bertanya-tanya di mana istana Khalifah dan orang ramai menunjukkannya. Sampai saja di rumah yang dimaksudkan, perempuan Mesir itu bertemu dengan seorang perempuan yang memakai pakaian yang sudah lusuh dan buruk dan seorang lelaki sedang bergelimang dengan tanah kerana memperbaiki rumahnya.

Perempuan itu bertanya lagi dan ketika mengetahui bahawa perempuan yang ditanya adalah Fatimah isteri Khalifah, dia terkejut luar biasa. Kerena mana ada seorang permaisuri raja yang berkuasa memakai baju buruk seperti itu. Dia merasa takut dan kagum. Akan tetapi Fatimah pandai melayani, sehingga tamu itu merasa suka dan tenang hatinya.

"Mengapa puan tidak menutup diri daripada lelaki tukang keruk pasir itu?" tanya perempuan Mesir itu. "Tukang keruk pasir itulah Amirul Mukminin" jawab Fatimah sambil tersenyum. Sekali lagi tamu itu terkejut dan beristighfar. Khalifah Umar tidak mempunyai pelayan kecuali seorang anak-anak lelaki. Dialah satu-satunya khadam dalam istana Umar. Fatimah memberinya makan kacang setiap hari sehingga si pelayan menjadi bosan. "Kacang..kacang...setiap hari kacang," kata si pelayan merungut. "Inilah makanan tuanmu Amirul Mukminin, wahai anakanda," kata Fatimah.

Diceritakan bahawa seorang lelaki dan isterinya di Syam telah merelakan anaknya ikut berperang di jalan Allah dan menemu syahid di medang perang. Beberapa masa kemudian dia melihat seorang lelaki dengan menunggang kuda menuju kearahnya. Setelah diperhatikan, ternyata pemuda itu seiras anaknya yang telah meninggal dunia. "Hai, coba kamu lihat pemuda yang berkuda itu, seperti anak kitakan?" kata lelaki itu kepada isterinya. "Semoga Allah merahmati engkau. Janganlah tertipu oleh syaitan. Anak kita sudah syahid, bagaimana bisa menunggang kuda seperti itu?" kata isterinya. Sementara suami isteri itu memperhatikan dengan betul, tiba-tiba pemuda menunggang kuda itu telah berada di hadapannya. "Assalamualaikum." kata penunggang kuda. "Waalikumsalam," jawab kedua-dua suami isteri itu. Ternyata dia memang anaknya, maka terkejutlah keduaibu bapa itu sambil segera memeluknya. Mereka gembira luar biasa bercampur heran.

"Ayah, ibu tetap saja di situ," kata pemuda itu menegur. "Saya bukan seperti ayah dan ibu lagi, demikian juga ayah dan ibu bukan seperti saya. Saya datang pun bukan untuk pulang kepada ayah dan ibu." Kedua ibu bapa faham akan maksud anaknya, mereka pun diam. Kemudian anak itu menerangkan bahawa kedatangannya bukan sengaja.

"Sebenarnya aku datang bukan untuk mengunjungi ayah dan ibu, tetapi hanya mengambil kesempatan saja dalam keperluan lain. Yaitu Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz telah wafat. Golongan syuhada minta izin kepada Allah untuk hadir dalam pengurusan janazahnya. Allah memperkenankan permintaan mereka dan saya termasuk di antaranya."

Kemudian dia bertanya keadaan kedua ibu bapanya, menghormatinya dan menjanjikan kebaikan daripada Allah. Setelah itu dia mendoakan ibu bapanya memberi salam lalu pergi. Dengan itu penduduk kampung mengetahui bahawa khalifah mereka, Umar Abdul Aziz telah wafat.

Kisah Tsabit Disuruh Kahwin Kerana Sebiji Apel

Seorang lelaki yang sholeh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat Sebuah apel jatuh keluar pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat apel yang merah ranum itu tergeletak di tanah membuat air liur Tsabit terbit, apalagi di hari yang panas dan tengah kehausan. Maka tanpa berfikir panjang dipungut dan dimakannyalah buah apel yang lazat itu, akan tetapi baru setengahnya di makan dia teringat bahawa buah itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya.

Maka ia segera pergi kedalam kebun buah-buahan itu hendak menemui pemiliknya agar meninta dihalalkan buah yang telah dimakannya. Di kebun itu ia bertemu dengan seorang lelaki. Maka langsung saja dia berkata, "Aku sudah makan setengah dari buah apel ini. Aku berharap anda menghalalkannya". Orang itu menjawab, "Aku bukan pemilik kebun ini. Aku Khadamnya yang ditugaskan menjaga dan mengurus kebunnya".

Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi, "Dimana rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar dihalalkan apel yang telah ku makan ini." Pengurus kebun itu memberitahukan, "Apabila engkau ingin pergi kesana maka engkau harus menempuh perjalan sehari semalam".

Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu. Katanya kepada orang tua itu, "Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan apel yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah s.a.w. sudah memperingatkan kita melalui sabdanya: "Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka"

Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setiba di sana dia langsung mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit langsung memberi salam dengan sopan, seraya berkata," Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah apel tuan yang jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu mahukah tuan menghalalkan apa yang sudah ku makan itu?"

Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata tiba-tiba, "Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu syarat." Tsabit merasa khawatir dengan syarat itu kerana takut ia tidak dapat memenuhinya. Maka segera ia bertanya, "Apa syarat itu tuan?" Orang itu menjawab, "Engkau harus mengawini putriku !"

Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka dia berkata, "Apakah kerana hanya aku makan setengah buah apelmu yang keluar dari kebunmu, aku harus mengawini putrimu?"

Tetapi pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. Ia malah menambahkan, katanya, "Sebelum pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu kekurangan-kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!"

Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir dalam hatinya, apakah perempuan seperti itu patut dia persunting sebagai isteri gara-gara setengah buah apel yang tidak dihalalkan kepadanya? Kemudian pemilik kebun itu menyatakan lagi, "Selain syarat itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan !"

Namun Tsabit kemudian menjawab dengan mantap, "Aku akan menerima pinangannya dan perkahwinanya. Aku telah bertekad akan mengadakan transaksi dengan Allah Rabbul 'alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-kewajiban dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu meridhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta'ala".

Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan akad nikah mereka. Sesudah perkahwinan selesai, Tsabit dipersilahkan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak masuk kamar pengantin, dia berfikir akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga. Maka iapun mengucapkan salam, "Assalamu"alaikum..."

Tak disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya dan kini resmi jadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit masuk hendak menghampiri wanita itu , dia mengulurkan tangan untuk menyambut tangannya. Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini menjadi isterinya itu menyambut uluran tangannya.

Tsabit sempat terhentak menyaksikan kenyataan ini. "Kata ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian berarti wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra pula", Kata Tsabit dalam hatinya. Tsabit berfikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya ?

Setelah Tsabit duduk di samping isterinya, dia bertanya, "Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa?" Wanita itu kemudian berkata, "Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah". Tsabit bertanya lagi, "Ayahmu juga mengatakan bahawa engkau tuli, mengapa?" Wanita itu menjawab, "Ayahku benar, kerana aku tidak pernah mahu mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat ridha Allah.

Ayahku juga mengatakan kepadamu bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan?" Tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya. Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu berkata, "aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta'ala saja. Aku juga dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan kegusaran Allah Ta'ala".

Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat soleh dan wanita yang memelihara dirinya. Dengan bangga ia berkata tentang isterinya, "Ketika kulihat wajahnya... Subhanallah, dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap".

Tsabit dan isterinya yang salihah dan cantik itu hidup rukun dan berbahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putra yang ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia, Beliau adalah Al Imam Abu Hanifah An Nu'man bin Tsabit.

Amal Yang Membuka Pintu Syurga

Tidak seperti biasanya, hari itu Ali bin Abi Thalib pulang lebih awal menjelang asar. Fatimah binti Rasulullah menyambut kedatangan suaminya yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita. Siapa tahu Ali membawa wang lebih banyak kerana keperluan di rumah makin besar. Sesudah melepas lelah, Ali berkata kepada Fatimah. "Maaf sayangku, kali ini aku tidak membawa wang sesenpun." Fatimah menyahut sambil tersenyum, "Memang yang mengatur rezeki tidak duduk di pasar, bukan? Yang memiliki kuasa itu adalah Allah Ta'ala." "Terima kasih," jawab Ali. Matanya memberat lantaran isterinya begitu tawakkal. Padahal keperluan dapur sudah habis sama sekali. Pun begitu Fatimah tidak menunjukan sikap kecewa atau sedih.

Ali lalu berangkat ke masjid untuk menjalankan sholat berjamaah. Sepulang dari sembahyang, di jalan ia dihentikan oleh seorang tua. "Maaf anak muda, betulkah engkau Ali anaknya Abu Thalib?" Ali menjawab dengan hairan. "Ya betul. Ada apa, Tuan?". Orang tua itu mencari kedalam begnya sesuatu seraya berkata: "Dahulu ayahmu pernah kusuruh menyamak kulit. Aku belum sempat membayar upahnya, ayahmu sudah meninggal. Jadi, terimalah wang ini, sebab engkaulah ahli warisnya." Dengan gembira Ali mengambil haknya dari orang itu sebanyak 30 dinar.

Tentu saja Fatimah sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak di sangka-sangka ketika Ali menceritakan kejadian itu. Dan ia menyuruh membelanjakannya semua agar tidak pusing-pusing lagi merisaukan keperluan sehari-hari.

Ali pun bergegas berangkat ke pasar. Sebelum masuk ke dalam pasar, ia melihat seorang fakir menadahkan tangan, "Siapakah yang mahu menghutangkan hartanya kerana Allah, bersedekahlah kepada saya, seorang musafir yang kehabisan bekal di perjalanan." Tanpa berfikir panjang, Ali memberikan seluruh wangnya kepada orang itu.

Pada waktu ia pulang dan Fatimah kehairanan melihat suaminya tidak membawa apa-apa, Ali menerangkan peristiwa yang baru saja dialaminya. Fatimah, masih dalam senyum, berkata, "Keputusan kanda adalah yang juga akan saya lakukan seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita menghutangkan harta kerana Allah daripada bersifat bakhil yang di murkai-Nya, dan yang menutup pintu syurga untuk kita."

KEDUNIAAN YANG MERUGIKAN AKHIRAT

Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam dunia yang fana ini. Kita dihidupkan dan insyallah akan dimatikan dengan izinNya. Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang diizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya. Hidup kita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Tentunya dalam perjalanan itu banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamat untuk ke destinasi. Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kebahagiaan sementara yang ditempuh dalam perjalanan kerana dia tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi. Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-puasnya apa sahaja yang ditempuh; seolah-olah iniah dunianya sehingga terlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar. Mereka terpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungut itulah BEKALAN.

Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang betul mengikut kompas yang dipiawaikan oleh Rasul. Untuk sampai ke destinasi AKHIRAT, pungutlah bekalan sebanyak mungkin. Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai BEBAN yang boleh menjejaskan perjalanan ke sana. Ingatlah pesanan orang tua : Kita sebenarnya adalah WARGA AKHIRAT - tempat yang kekal abadi; sementara dunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuh kepalsuan dan tipu-daya. Oleh itu kita mestilah bijak memilih mana satu BEKALAN dan mana satu BEBAN. Barangan yang dikategori sebagai BEBAN akan menyusahkan perjalanan ke akhirat manakala barangan BEKALAN akan berfaedah untuk kehidupan di sana. Kutiplah bekalan sebanyak mungkin dan hindarkan memikul beban yang menyulitkan perjalanan.

Ingatlah: "Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di Akhirat nanti."

"Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokannya." - Hadith

Ramai mentafsirkan Hadith ini dari segi keduniaan iaitu kerja bersungguh-sungguh kerana kita akan hidup lama di dunia. Tetapi makna yang tersirat ialah kita hidup lama lagi di dunia jadi kenapa nak bekerja beria-ia mencari pendapatan lebih sedangkan masa banyak lagi. Tetapi dalam hal akhirat, kita akan mati esok - jadi terpaksalah buat persiapan dengan lengkap dan berhati-hati kerana kita akan mati esok. Tafsiran begini jarang diterangkan oleh umum terutama pemburu harta di dunia.

Islam tidak menghalang umatnya mencari harta-benda dan kekayaan; asalkan ia tidak menghalang dari melakukan pengabdian kepada Allah. Malahan orang Islam yang kaya adalah amat diperlukan kerana ia adalah sumber ekonomi negara dan sebagai juruwang bagi saudaranya yang miskin dan memerlukan bantuan. Orang kaya adalah pembantu orang msikin, orang kuat adalah pelindung golongan yang lemah, orang alim sebagai sumber cahaya dan ilmu kepada orang jahil. Begitulah golongan ini saling bantu-membantu antara satu dengan lain. Apa yang Islam larang ialah meletakkan keduniaan sebagai sasaran utama dalam hidup melebihi hal-hal keakhiratan dan pengabdian kepada Allah. Sekiranya keduniaan diberikan keutamaan dalam hidup bererti konsep syahadahnya terjejas. Intipati syahadah ialah mengaku dengan sebenar-benar pengakuan bahawa Tiada lain yang lebih besar selain Allah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Ini bererti tumpuan pengabdian hakiki ialah Allah dan BUKANNYA harta-benda dunia. Jika kekayaan dunia dijadikan asas hidup berertilah kita telah membesarkan dunia daripada Allah sendiri; atau dalam kata-kata lain kita bertuhankan harta bukannya Allah. Di sinilah terpesongnya aqidah orang-orang kebendaan.

Sangat beruntunglah mereka yang mempunyai harta kekayaan yang menjadikannya sebagai modal untuk akhirat. Wang ringgit dipertaruhkan sebagai saham akhirat dengan bersedekah, mendirikan masjid, membantu fakir miskin dan anak yatim, menyelesaikan masalah dan keperluan jiran dan masyarakat sekeliling. Mereka inilah yang berjaya menukar harta menjadikan sebagai pahala atau membeli akhirat dengan dunia. Sebaliknya amat rugi mereka yang mempunyai wang ringgit dan harta kekayaan tetapi membelanjakan untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah untuk akhiratnya; atau lebih dahsyat jika digunakan untuk kerja-kerja maksiat dan hiburan semata. Di akhirat akan ditanya Allah ke mana wang ringgit kita dibelanjakan dengan begitu halus dan tereperinci.

Dalam Al-Quran banyak sekali ayat yang menjelaskan bahawa kehidupan akhirat adalah lebih penting dan lebih kekal. Oleh itu sayugia bagi kita melebihkan kehidupan akhirat daripada dunia. Kehidupan di dunia hanya dalam tempoh terhad; jarang-jarang melebihi 90 tahun; tetapi akhirat tiada batasan waktu. Sudahlah begitu diriwayatkan satu hari di akhirat menyamai 1000 tahun di dunia. Jadi berapalah nilai umur dunia dibandingkah akhirat? Orang yang bijak tentunya berpandangan jauh iaitu untuk kehidupan akhirat. Ada di antara orang-orang alim dan para wali sangat mengambil berat tentang pengisian waktu dengan ibadat. Mereka tidak rela membuang masa begitu sahaja. Setiap saat bagi mereka adalah berharga dan mesti diisi dengan sesuatu ibadat supaya tidak terbuang begitu saja. Bagi mereka, setiap nafas yang turun naik akan dipersoalkan. Pada sebelah malam, mereka menggunakan masa untuk beribadat. Masa tidur mereka amat sedikit.

Sebaliknya mereka yang asyik mengumpul harta dunia untuk dunia adalah berfikiran sempit kerana tidak menjangkau alam abadi di akhirat. Ahli dunia saban masa memikirkan bagaimana nak mengumpul harta benda hingga menjadi kaya. Walaupun sudah kaya, mereka masih berusaha lagi supaya menjadi bertambah kaya; tanpa sedikit pun memikirkan bagaimana harta yang ada pada mereka hendak diinfaqkan di jalan Allah supaya hasilnya dapat dituai di akhirat kelak. Orang kaya begini pada hakikatnya adalah miskin kerana masih banyak memerlukan sesuatu.

Semasa perjalanan Israk Mikraj, Allah menunjukkan satu golongan yang menanam gandum dan kemudian menuainya. Baru lepas ditanam, terus berbuah dan dituai; begitulah seterusnya. Inilah ibarat orang yang membuat kebajikan sentiasa tak putus-putus menerima ganjaran pahala yang banyak di sisi Allah. Balasan pahala ini akan dinikmati kebahagiaannya di akhirat kelak.

Dinukilkan dalam sebuah kitab, seorang raja dihadiahkan orang sebuah piala minuman bertatahkan permata fairuz. Piala itu sangat cantik dan amat berharga. Raja sangat gembira menerima hadiah itu. Apabila seorang hukama datang berjumpa dengannya, raja itu bertanya kepadanya mengenai piala tersebut. Hukama itu berkata, "Aku tidak lihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan fakir." Raja tercengang dan berkata, "Mengapa kamu berkata begitu?" Hukama itu menerangkan, "Kalau piala itu pecah, sudah tentu ia tidak boleh dibaiki lagi dan hati menjadi susah atas bala yang menimpa. Kalau ia dicuri orang, tuanku akan bersedih atas kehilangan itu dan berasa seperti fakir. Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini, tuanku tidak ada rasa apa-apa bahkan senang dengan keadaan begini, tetapi selepas ada piala ini, jika berlaku kehilangan tentu tuanku berasa amat sedih." Selang beberapa bulan, piala yang disayangi raja itu pecah berkecai. Raja itu menjadi sangat sedih dan hampa atas kehilangan piala itu. Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengaku atas kebenaran kata-katanya. Kisah ini jelas membuktikan bahawa harta dunia yang kita sayangi tidak memberi apa-apa makna di dunia kecuali kesusahan dan kemiskinan. Bahkan dirasakan amat berat untuk meninggalkan harta itu semasa roh hendak kembali berjumpa Allah.

Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah mempunyai pendirian berkaitan dengan penumpukan harta kekayaan. Yang lebih penting bagi kita ialah adakah kita akan diterima oleh Allah di akhirat kelak sebagai hambaNya yang soleh. Begitu juga adakah Nabi Muhammad saw akan mengaku atau mengiktiraf kita sebagai umatnya. Jika Allah tak mengaku hambaNya dan Nabi Muhammad saw tak mengaku kita sebagai umatnya, ke mana lagi kita nak pergi ketika itu? Ke mana tempat kita nak mengadu nasib? Di dunia bolehlah meminta bantuan dari kaum kerabat dan sebagainya tetapi di akhirat siapa lagi selain Allah dan rasulnya.. Akhirnya sama-sama kita meminta taufiq dan hidayat semoga kita berada di landasan sebenar sebelum kita dipanggil oleh Allah. Kita pohonkan keselamatan dan taubat di atas dosa-dosa kita dan mudahan kita kembali menemuiNya dalam keadaan Allah meredhai kita, insyaallah..

Air-Antara Kebesaran Allah

Assalamualaikum sahabat semua.

Pada pagi Sabtu (21.9.02) saya telah berkesempatan (Alhamdulilah) menghadiri kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Mahmood. Ada satu cerita menarik yang saya kira bagus untuk kita kongsi bersama. Ustaz menceritakan bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar di Istana Hotel yang disampaikan oleh seorang rakyat Jepun yang menunjukkan hasil kajian nya mengenai Air.Contoh-contoh diambil dari sungai, laut dan merata-rata tempat. Dikaji molikul-molikul air itu dan dengan menggunakan mikroskop serta projektor maka dipancarkan keputusannya dilayar putih.Maka keluarlah bermacam-macam rupa bentuk susunan molikul air tersebut. Ada yang menakutkan dan ada yang menggerunkan.Apabila diambil air zam zam, maka keluarlah cahaya yang bersinar dengan susunan molikul yang tersusun lagi cantik.Kemudian disuruh pula dibacakan ayat-ayat suci dan zikir-zikir pada air biasa. Apabila diuji, air tersebut juga bercahaya. Untuk menguatkan lagi bukti maka diambil air biasa juga dan air tersebut dimaki hamun dengan perkataan yang hudoh, maka keputusannya, tergambarkan gambaran yang menakutkan.

Subhanallah.....

Air kosong yang kita minum dan guna hari-hari pun tahu betapa agungnya ayat-ayat Allah. Bagaimana kita yang setiap saat dan detik ini menghirup dan menikmati rahmat Allah. Tidak terfikir kah kita? Semoga orang Jepun tersebut mendapat hidayat dan memeluk Islam. Dalam seminar itu hanya segelintir sahaja orang Islam yang hadir. Itulah lebih kurang yang saya ingat. Kalau sahabat-sahabat ada maklumat lanjut, ingin juga saya kongsi bersama.

Assalamualaikum.

Selamat menyambut Bulan Rejab (Bulan Allah-Bulan Keampunan) dan seterusnya Bulan Sya'ban (Bulan Nabi) dan Bulan Ramadhan (bulan umat Islam). Semoga kita semua tidak termasuk dalam kumpulan yang lalai yang membiarkan bulan-bulan ini berlalu tanpa pengisian yang sepatutnya.

KELEBIHAN LELAKI PADA AKALNYA

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kocar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.

Kata orang tua-tua - pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini sudah hampir berkubur. Apa tindakan kita sekarang?

Ketabahan Iman Zunairah Terhadap Allah

Satu diantara hamba muslim adalah Zunairah, hamba Abu Jahal. Karena keyakinannya itulah dia diinterogasi Abu Jahal. "Benarkah kamu telah menganut agama Islam?" tanya Abu Jahal. "Benar. Aku percaya pada seruan Muhammad, kerana itu aku mengikutinya." Jawab Zunairah. Untuk menggoyahkan keyakinan hambanya, Abu Jahal bertanya kepada kawan-kawannya. "Hai kawan-kawan, apakah kalian juga mengikuti seruan Muhammad?" "Tidaaak," jawab mereka serempak. "Nah, sekira apa yang dibawa Muhammad itu baik, tentu mereka akan lebih dulu mengikutinya" kata Abu Jahal melecehkan hambanya.

Maka dipukullah Zunairah itu secara keji hingga matanya luka parah dan akhirnya menjadi buta. Melihat mata hambanya menjadi buta, Abu Jahal membujuknya. "Matamu menjadi buta itu akibat kau masuk Islam. Coba kau tinggalkan agama Muhammad itu, matamu akan sembuh kembali," katanya.

Betapa sakit hati Zunairah mendengar olok-olokan itu. "Kalian semua adalah pembohong, tak bermoral. Lata dan Uzza yang kalian sembah itu tak akan bisa berbuat apa-apa. Apalagi memberi manfaat dan mudarat," katanya.

Mendengar itu, Abu Jahal semakin naik pitam. Maka dipukullah hamba itu sekeras-kerasnya dan berkata, "Wahai Zunairah. Ingatlah kepada Lata dan Uzza. Itu berhala sembahan kita sejak nenek moyang kita. Tak takutkah jika mereka nanti murka kepadamu? Tinggalkan segera agama Muhammad yang melecehkan kita." Kata Abu Jahal.

"Wahai Abu Jahal. Sebenarnya Latta dan Uzza itu buta. Lebih buta daripada mataku yang buta akibat siksaanmu ini. Meski mataku buta, Allah tak akan sulit mengembalikannya menjadi terang, tidak seperti tuhanmu Latta dan Uzza itu" kata Zunairah.

Berkat kekuasaan Allah. Esoknya mata Zunairah yang buta akibat siksaan Abu Jahal itu kembali sembuh sperti sedia kala. Abu Jahal yang menyaksikannya menjadi sangat heran. Namun dasar orang tak beriman, dia malah berkata "Ini pasti kerana sihir Muhammad" katanya sambil kembali menyiksa hambanya. Untunglah datang Abu Bakar yang lalu memerdekakan Zunairah setelah memberi tebusan kepada Abu Jahal.

KALKATU

Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia meskipun dalam kejadian nyamuk, lalat atau kalkatu. Ia mengandungi hikmah dan pengajaran kepada manusia yang mahu memikirkannya. Jika mengikut logik manusia, kenapalah Allah menjadikan nyamuk sedangkan ia bahaya kepada kesihatan. Sebenarnya dalam kejadian nyamuk banyak rahsia yang manusia sendiri tidak mengetahuinya. Allah MAHA BIJAK dan MAHA MENGETAHUI.

Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya. Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi. Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi. Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut.

Termenung aku sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu? Di hati kecilku berkata sebodoh-bodoh kalkatu pun ada baiknya kerana selepas kematian itu tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu. Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya. mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun masih tak hendak bersolat. Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih menghisap. Mereka tahu berjudi itu haram, namun tetap berdegil tikam ekor. Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya. Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya. Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana. Mereka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan. Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun hakikatnya berotakkan kalkatu.

MORAL & IKHTIBAR

o Allah memberikan otak kepada manusia untuk berfikir. Jika tidak digunakan atau disalahgunakan manusia akan rugi malah nasibnya lebih dahsyat daripada kalkatu .

o Kebanyakan manusia tertipu dengan kemanisan dunia tanpa memikirkan kemanisan akhirat .

o Berbondong-bondong manusia mengejar kebahagiaan, hiburan dan kelazatan dunia sahaja pada hakikatnya adalah mengejar api neraka.

KISAH BENAR UNTUK DIJADIKAN IKTIBAR

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak masuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.

Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

KESIMPULANNYA

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.

Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini.

Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.

Dipetik daripada Arab News, 7 Januari (atau Februari) 1987.

HIMPUNAN FIRMAN ALLAH S.W.T

HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA KEPADANYA DAN JANGANLAH KAMU MATI MELAINKAN DALAM KEADAAN BERAGAMA ISLAM... (ALI ' IMRAN : AYAT 101)...

"DAN KETIKA DATANG AZAB KAMI, KAMI SELAMATKAN SYUIB DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN BERSAMA-SAM DIA DENGAN RAHMAT KAMI, DAN ORANG-ORANG YANG ZALIM DIBINASAKAN OLEH SUATU SUARA YANG MENGGUNTUR, LALU JADILAH MEREKA MATI BERGELIMPANGAN DIRUMAHNYA."... (HUUD: AYAT 94)

"KEHIDUPAN DI DUNIA DIJADIKAN INDAH DALAM PANDANGAN ORANG-ORANG KAFIR, DAN MEREKA MEMANDANG HINA ORANG-ORANG YANG BERIMAN. PADA HAL ORANG-ORANG YANG BERTAQWA ITU LEBIH MULIA DARIPADA MEREKA DI HARI KIAMAT. DAN ALLAH MEMBERI REZEKI KEPADA ORANG-ORANG YANG DIKEHENDAKINYA TANPA BATAS." (AL BAQARAH : AYAT 212)

"DAN BERBUAT BAIKLAH KEPADA IBU BAPA, KAUM KERABAT, ANAK-ANAK YATIM DAN ORANG-ORANG MISKIN, SERTA UCAPKANLAH KATA-KATA YANG BAIK KEPADA MANUSIA, DIRIKANLAH SOLAT DAN TUNAIKANLAH ZAKAT"

...(AL BAQARAH : AYAT 83)... "JADIKANLAH SABAR DAN SOLAT SEBAGAI PENOLONGMU. DAN SESUNGGUHNYA YANG DEMEKIAN ITU SUNGGUH BERAT, KECUALI BAGI ORANG-ORANG YANG KHUSYUK"

...(AL BAQARAH : AYAT 45)...

HIMPUNAN HADITH SAHIH

RASULULLAH S.A.W. BERSABDA:

"APABILA SEPARUH MALAM TELAH BERLALU, ATU DUA PERTIGANYA, MAKA ALLAH MAHA SUCI LAGI MAHA LUHUR AKAN TURUN KE LANGIT DUNIA SERAYA BERFIRMAN: "APAKAH ADA ORANG YANG MEMINTA SUPAYA DIKABULKA N PERMINTAANNYA, DOANYA ATAU SUPAYA DIAMPUNI?" HAL ITU BERLAKU LANGSUNG HINGGA TIBA WAKTU SUBUH"

...(H.R.MUSLIM)...

RASULULLAH S.A.W. BERSABDA:

"SETIAP MUSIBAH YANG MENIMPA SEORANG MUSLIM, MAKA HAL ITU BISA MENJADI PENGHAPUS DOSA, WALAU PUN HANYA KERANA TERTUSUK DURI"

...(H.R. MUSLIM)... RASULULLAH S.A.W. BERSABDA

"PADA HARI ISNIN DAN KHAMIS, PINTU-PINTU SYURGA SAMA DIBUKA. SETIAP ORANG YANG TIDAK MEMPERSEKUTUKAN ALLAH DENGAN SESUATU APAPUN AKAN DIAMPUNI. KECUALLI SESEORANG YANG SEDANG ADA DENGAN PERMUSUHAN DENGAN SAUDARANYA"

...(H.R. MUSLIM)...

"RASULULLAH S.A.W. BERSABDA

"JANGANLAH KAMU SALING DENGKI, SALING BENCI DAN SALING SINIS. JADILAH KAMU HAMBA-HAMBA ALLAH YANG BERSAUDARA"

...(H.R. MUSLIM)... DARI ABU HURAIRAH R.A RASULULLAH S.A.W. BERSABDA

"JANGANLAH KAMU MEMBENCI BAPA-BAPA KALIAN. BARANGSIAPA MEMBENCI AYAHNYA BERERTI DIA KAFIR"

...(H.R. MUSLIM)...

IBLIS CEMBURUI NABI ADAM

"

Nabi Adam diciptakan Allah di dalam syurga. Di situ Nabi Adam tinggal bersama pasangannya, Hawa. Iblis yang memang membangkang akan kehadiran Adam di syurga menyimpan dendam kesumat yang tidak sudah-sudah untuk menghancurkan kehidupan Nabi Adam. Dia tidak reda mengganggu sehinggalah Adam tersingkir dari Syurga.

Iblis menunggu-nunggu peluang untuk merosak dan menyesatkan Nabi Adam dan Hawa. Peluang yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Iblis tahu bahawa dia sukar untuk mempengaruhi Nabi Adam. Oleh itu jalan terbaik ialah dengan mempengaruhi Hawa supaya mengikut pujukannya. Jika perangkap ini berhasil, iblis percaya Hawa akan pula mempengaruhi Adam dan akhirnya Adam akan terperangkap.

Setelah memasang strategi, Iblis tanpa berlengah lagi memulakan perancangannya. Sambil duduk berhampiran pokok khuldi, Iblis pura-pura menangis teresak-esak. Hawa tidak sedar tipu muslihat iblis. Melihat keadaan yang terharu itu, Hawa menjadi kesihan lalu menghampiri Iblis sambil bertanyakan gerangan apa yang ditangisinya. Sang Iblis mula memasang perangkap dengan mengatakan dia menangis kerana bersimpati dengan Adam dan Hawa yang dilarang dari memakan buah khuldi. Katanya jika Adam dan Hawa memakan buah khuldi itu, mereka akan terus kekal di syurga. Tambahan pula rasa buah khuldi itu amat lazat.

Mendengar kata-kata 'nasihat' itu, Hawa menjadi ragu-ragu dan akhirnya percaya apa yang didengarnya. Apabila berjumpa Nabi Adam, Hawa dengan gaya memujuk mula merayu agar memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah. Walaupun pada mulanya Nabi Adam takut untuk melanggar larangan Allah, namun setelah berkali-kali dipujuk dengan kata-kata yang lunak, akhirnya mengalah. Mereka berdua menghampiri pokok khuldi dan Hawa terus memetik buah itu lantas memakannya. Perbuatannya diikuti oleh Nabi Adam.

Sebaik saja mereka memakan buah khuldi, pakaian syurganya mula tanggal. Allah mencela perbuatan mereka. Barulah ketika itu, Nabi Adam sedar akan ketelanjurannya melanggar perintah Allah. Mereka berdua menyesal dan bertaubat tidak akan melanggar lagi perintah Allah. Permohonan Nabi Adam diterima Allah namun harapannya untuk terus tinggal di syurga hancur. Allah memerintahkan mereka berdua turun dari syurga yang penuh dengan segala kenikmatan ke bumi yang penuh dengan kepayahan dan kesusahan.

Bermula dari detik inilah, maka wujudnya generasi Adam hinggalah ke hari ini. Kita adalah dari keturunan Nabi Adam. Kita dihidupkan di dunia buat sementara waktu untuk diuji siapa di antara kita yang baik amalannya. Sekiranya kita lulus ujian ini, kita akan dikembalikan semula ke syurga. Sebaliknya jika gagal mematuhi perintah Allah, kita akan dicampakkan ke dalam neraka yang penuh dengan azab.

Sebagai penutup, sama-samalah kita muhasabah diri kita sejauh manakah kita menjalani liku-liku hidup ini. Adakah kita berjaya di dalam ujian ini atau sebaliknya? Tidak ada daya dan kuasa mematuhi perintahNya kecuali dengan pertolongan Allah. Sama-samalah kita bermohon semoga kita sentiasa di dalam pemeliharaanNya. Amin..

MORAL & IKHTIBAR

· Manusia termasuk diri kita adalah dari keturunan Nabi Adam.

· Kita adalah sebaik-baik makhluk yang dijadikan Allah sehingga dicemburui oleh Iblis

· Iblis adalah musuh kita yang nyata. Dia tidak akan leka walau seminit untuk menyesatkan kaum manusia sebagaimana dia telah menyesatkan datuk dan nenek kita dahulu.

· Iblis telah berjanji sejak azali lagi untuk memesongkan manusia dari aqidah sebenar yang dibawa oleh agama Islam.

· Sifat dendam, hasad dan dengki adalah sifat syaitan yang sepatutnya kita jauhi

· Syaitan mempunyai strategi yang amat halus untuk mengalahkan manusia. Mereka tidak ada kerja lain kecuali memasang perangkap yang sangat sesuai dengan diri dan nafsu kita. Oleh sebab kita yang sememangnya sibuk dengan urusan dunia dan kehidupannya terlupa akan musuh yang siap sedia memerhati kelemahan kita supaya dapat ditipunya.

· Manusia harus siap-siaga melawan pengaruh dan tipu-helah syaitan kerana dia nampak kita tetapi kita tidak dapat melihatnya. Kebiasaannya orang yang nampak musuhnya amat senang mengalahkannya tetapi kita yang tidak dapat melihatnya memang sukar menepis pukulannya. Sungguhpun begitu kita mempunyai senjata yang amat berkesan iaitu mengingati dan menyerah diri kepada Allah yang menjadikan kita dan juga dia.

· Perempuan adalah dari golongan lemah yang mudah ditawan oleh syaitan. Semasa Nabi Muhammad saw mikraj ke langit, Allah memperlihatkan ramai penghuni neraka adalah dari kaum perempuan.

· Berjaga-jaga dengan kaum perempuan kerana mereka mempunyai potensi untuk merosakkan kehidupan kaum lelaki. Kaum lelaki yang menjadi ketua kaum wanita mesti menjaga mereka sebaiknya supaya mereka tidak menjadi perosak masyarakat dan kemanusiaan amnya.

· Tempat asal manusia ialah syurga. Oleh itu perlulah kita berusaha supaya dapat kembali ke tanah asal kita di sana.

· Peristiwa yang dialami oleh Adam dan Hawa sebenarnya adalah satu sebab yang Allah jadikan supaya generasi manusia berkembang dan membiak di muka bumi ini. Tujuannya tidak lain hanya untuk menjalani satu hukuman dan melihat sejauh manakah kita menginsafi diri dalam menjalani proses pengabdian kepada Allah.

· Pujukan manis dari sesiapa saja sepatutnya jangan diterima dengan senang hati kerana kemungkinan ada udang di sebalik batu.

· Kemungkinan sekali orang yang merosakkan diri kita ialah terdiri daripada mereka yang hampir dengan diri kita iaitu isteri dan anak-anak.

· Manusia mudah lupa kepada musuhnya iaitu iblis tapi iblis dan syaitan tidak pernah melupai kita.

· Sekiranya kita sesat di hujung jalan, kita masih berpeluang untuk balik ke pangkal jalan. Selagi nyawa belum sampai di khalqum, kita masih boleh bertaubat. Insyallah taubat kita akan diterima Allah jika benar-benar kita insaf dan tidak mahu mengulangi kesalahan tersebut.

IHSAN TERHADAP HAIWAN


Haiwan juga adalah makhluk Allah yang juga mempunyai perasaan seperti kita. Yang membezakan ialah kita mempunyai akal tetapi haiwan tidak. Haiwan tidak dapat membezakan antara betul dan salah tetapi mereka mempunyai naluri yang Allah berikan untuk meneruskan perjalanan hidupnya. Oleh sebab ia sama makhluk Allah seperti kita, perlulah kita bersikap belas dan kasihan terhadapnya.

Dalam satu riwayat diceritakan seorang lelaki berasa sangat dahaga setelah jauh berjalan di padang pasir. Di tengah jalan dia berjumpa sebuah perigi. Airnya cetek dan jauh ke bawah. Dia terpaksa turun untuk mendapatkan sedikit air buat menghilangkan dahaga. Lelaki itu naik ke atas semula selepas minum beberapa teguk. Tiba-tiba di tebing perigi itu, dia ternampak seekor anjing yang kelihatan tidak bermaya kerana kehausan. Lelaki itu dapat merasakan betapa hebatnya penderitaan anjing itu lantaran terlalu haus. Dia amat bersimpati kepada anjing itu.

Walaupun masih keletihan, lelaki itu berikhtiar untuk memberi minum kepada anjing yang haus itu. Dia turun kembali ke dalam perigi lalu memenuhkan kasutnya dengan air. Selepas itu, dia pun naik semula ke atas sambil menggigit kasut yang berisi air itu. Sampai di atas, lelaki itu pun menghulurkan air itu untuk diminum oleh anjing.

Di atas layanan yang baik dan sifat belas kesihannya terhadap anjing itu, Allah memberikan keampunan di atas dosa-dosanya yang lalu.

MORAL & IKHTIBAR

o Berbuat baik terhadap haiwan walaupun seekor anjing yang dipandang jejek adalah satu kebajikan dan mendapat pahala

o Sifat kesihan dan belas adalah amalan hati. Amalan hati diberikan ganjaran lebih di sisi Allah.

o Allah melihat apa sahaja yang kita buat pada setiap masa di mana sahaja kita berada.

o Ganjaran pahala diberikan mengikut kadar keikhlasan kita.

o Begitu juga dosa dikenakan mengikut kadar penglibatan hati kita.

o Jangan memandang remeh perkara-perkara yang kita anggap kecil. Boleh jadi di sisi Allah ia amat besar nilainya.

o Amalan yang kita anggap kecil kadang-kadang boleh memasukan kita ke syurga. Manakala amalan jahat yang kecil juga boleh memasukkan kita ke dalam neraka.

o Jangan memandang rendah kepada haiwan sebab ia makhluk Allah jua seperti kita.

DOSA IBARAT LALAT DAN GUNUNG


Kepekaan terhadap sesuatu menjadi ukuran terhadap nilai sesebuah masyarakat. Masyarakat yang dibentuk oleh Nabi sangat sensitif terhadap ajaran Islam. Seruan untuk jihad disambut dengan rela hati. Mereka sanggup mengorbankan harta dan diri mereka kerana menegakkan agama Allah. Mereka berlumba-lumba mengerjakan kebajikan dan ketaatan walau sekecil mana sekalipun. Kepada mereka semua kebajikan adalah suruhan Allah. Pada masa yang sama mereka menjauhi segala larangan sama ada yang besar atau kecil. Besar atau kecilnya larangan pada mereka sama sahaja kerana semua itu adalah larangan Allah. Lantaran kepekaan terhadap suruhan dan larangan Allah, mereka sangat takut untuk mengerjakan maksiat walau kesalahan yang kecil sekalipun. Jika mereka membuat kesalahan dan dosa walaupun kecil, mereka merasakan tertekan seolah-olah gunung Uhud akan menimpa dirinya. Apatah lagi jika dosa yang besar..

Masyarakat sekarang sudah banyak berbeza. Kebanyakannya tidak peka terhadap ajaran Islam. Walaupun telah melakukan dosa besar yang sangat banyak, namun dirasakan seperti seekor lalat yang menghinggap batang hidungnya; seolah-olah tidak ada apa-apa. Ini berbeza sekali dengan generasi awal yang merasakan akan dihempap gunung hanya melakukan dosa yang kecil.

Betapa Nabi Adam menangis beratus-ratus tahun hanya melakukan satu dosa sahaja iaitu memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah; sehinggakan airmata tangisannya mengalir menjadi sungai dan laut yang dapat kita manfaatkan hingga dewasa ini. Bagaimanakah keadaan kita adakah kita menangis setelah melakukan dosa bukan setakat satu malahan tidak terkira dosa yang dilakukan?

Hisablah diri sebelum kita dihisab.

KELEBIHAN LELAKI PADA AKALNYA

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kocar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.

Kata orang tua-tua - pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini sudah hampir berkubur. Apa tindakan kita sekarang?

"Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah
siapa yang kamu seru kecuali Dia. Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu 
ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia adalah selalu tidak berterima 
kasih."
(QS. 17:67)
 
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan pakaian
untuk menutupi 'auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian 
taqwa itulah yang baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari 
tanda-tanda 
kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat."
(QS. 7:26)

IA BERDARAH CAMPURAN CINA DAN EROPA TAPI KINI BERMUKIM DI AMERIKA KEMATIAN SAHABATNYA MEMBUAT GADIS ITU MENINGGALKAN GEREJA DAN AGAMA

KETIKA IA BERKUNJUNG KEJAKARTA SAYUP-SAYUP DIDENGARNYA SUARA ADZAN HATINYA TERSENTUH SEOLAH DIPANGGIL TUHAN UNTUK KEMBALI KEJALAN-NYA

IA LALU MENCARI KEBENARAN HAKIKI DAN DIJUMPAINYA DALAM ISLAM GADIS ITU BERNAMA : ALICIA TUNG

Meskipun sedari masa kanak-kanak hingga remaja aku tidak pernah melewatkan hari Mingguku tanpa ke Gereja, rasanya aku tidak pernah menemukan makna ibadah. Padahal aku aku sudah mencoba sekuat tenaga untuk menjadi seorang Nasrani yang baik, terlebih ketika ketiga sahabatku dari Indonesia mengalami kecelakaan maut di Amerika. Aku semakin tidak menghiraukan agama dan keberadaan Tuhan !

Peristiwa ini begitu dalam menikam kalbu dan meluapkan kemarahanku kepada agama yang tidak memberikan jawaban yang memuaskan terhadap tragedi kematian mereka.

"Oh, Tuhan, mengapa Kau renggut mereka dalam usia belia? Kalau Kau tahu akan begini jadinya, mengapa mereka Kau ciptakan ?"

Demikian protesku kepada setiap orang yang mencoba menjelaskan sebab-musabab kematian mereka. Untuk itulah aku sengaja meluangkan waktu mengunjungi makam mereka, saat kedatangan pertamaku ke Indonesia pada 1995, setahun selepa tragedi yang mengenaskan itu.

Luka hatiku kembali terkuak tatkala aku menatap gundukan-gundukan tanah disela pohon-pohon kamboja yang mengering. Hembusan angin dan kicau burung dsiang hari itu tidak mampu menyejukkan perasaanku yang diaduk-aduk oleh kesedihan dan kemarahan lantaran aku tidak berdaya menghindarkan mereka dari kematian.

Aku terluka karena kehangatan persahabatan yang kami bina sejak awal SMA direnggutkan Tuhan. Ditengah kebimbangan itu aku berteriak, "Tuhan, kalau Engkau ada, tunjukkanlah keagungan Engkau. Sebab aku tidak tahu mesti berbuat apa !"

Gema Adzan
Sehari sesudah itu hatiku dilanda kesepian. Aku kembali dicekam kesedihan, dan merasakan betapa berat dan lunglainya tubuhku. Kuhabiskan waktuku hanya dengan berbaring dibilik hotel sambil membayangkan kenangan indah bersama tiga orang sahabat karibku itu.Tiba-tiba aku dikagetkan oleh sebuah suara merdu yang sangat asing bagi telingaku.

"Oh, alangkah indahnya." gumamku penuh tanda tanya. Suara apakah itu yang mendayu=dayu mengusik ketenanganku ?

"Itu disebut adzan, yaitu panggilan bagi ummat Islam untuk bersembahyang." kata seorang ibu yang menemani perjalananku. Aku berjanji ingin mengetahui Islam sekembaliku di Denver, Amerika Serikat, tempat kelahiranku nanti. Sebab aku yakin suara adzan yang mengisi kesepianku itu adalah petunjuk Tuhan. Aku percaya Tuhan mengabulkan doaku.

Sejak itu, tidak sedetikpun waktu yang terlewat tanpa mempelajari Islam. Baik yang kudapat dari buku-buku maupun dari teman-teman Muslimku. Aku mencoba memahami prinsip-prinsip ajaran Islam seperti Sholat, zakat, puasa dan haji disamping ajaran-ajaran tentang moralitas.

Belum genap tiga bulan aku berkenalan dengan Islam, akupun dapat berdamai dengan Tuhan yang telah merenggut nyawa teman-temanku. Aku menerima kepergian mereka sebagai takdir yang tak dapat dielakkan oleh manusia. Dan aku merasakan kian dekatnya hubungan manusia dengan Tuhan dalam Islam.

Aku dapat berkomunikasi langsung. Kalaupun aku berbuat salah, aku dapat memohon ampun kepada-Nya tanpa perantara. Kebutuhan spiritual dan rasionalku dapat terpuaskan. Untuk itulah aku mengikrarkan diri sebagai Muslimah dihadapan para anggota Organisasi Islam Colorado, sebuah lembaga yang banyak membantu perjalananku dalam memahami ajaran-ajaran Islam.

Menjadi Manusia
Perbedaan agama bukan merupakan hal yang baru dalam keluargaku. Ayahku yang lahir di China tetap teguh berpegang pada ajaran Budha, sedangkan Ibu dan ketiga kakakku menganut Katolik Roma.

Karena itulah pengakuanku sebagai seorang Muslimah tidak banyak menemukan kendala meskipun waktu itu aku belum genap berusia sembilan belas tahun dan merupakan putri bungsu satu-satunya dari empat bersaudara.

Namun, bukan berarti jalan yang kulalui begitu mulus tanpa liku. Dimata komunitas gereja, keberadaanku tak ubahnya seperti seorang serdadu pembelot yang tidak akan dibiarkan hidup tenang. Dalam setiap kesempatan bertemu, mereka selalu melontarkan cemooh :

"Apa sih untungnya memeluk agama yang penuh larangan ?" atau "Apakah kau tidak takut dilemparkan kedalam neraka kelak ?"

Memang benar, banyak hal yang diharamkan dalam Islam yang terkadang membingungkanku. Namun aku tahu itu adalah konsekuensi menjadi Muslimah. Aku sadar dengan memilih Islam, maka akupun harus mematuhi ajaran-ajarannya.

Gangguan-gangguan terus berdatangan, bahkan kali ini juga oleh kakak-kakakku. Mereka sering menggodaku dengan menawarkan makanan-makanan yang dilarang, termasuk bir. Tapi aku berusaha menguatkan hati. Dengan selalu memasrahkan diri kepada ALlah, justru godaan-godaan itu kujadikan batu ujian untuk mengkristalkan keimananku. Alhamdulillah, Mama mau memahami sehingga memisahkan masakan buatku.

Kini baru aku merasa menjadi manusia setelah masuk Islam karena aku melihat manusia berada pada kesamaan derajat dihadapan Tuhan yang tercermin dalam sholat berjamaah. Tidak perduli kaya, miskin ataupun gelandangan, semua sama.

Siapa yang datang lebih dahulu bisa berada di saf terdepan. Juga aku merasa hidupku menjadi bermakna, aku sekarang tahu untuk apa dan untuk siapa aku menjalani kehidupan ini.

Takut Tidak Tahan
Ketika pertama kali menghadapi bulan suci Ramadhan, hatiku berdebar-debar. Aku dipenuhi ketakutan tidak dapat menjalani puasa, maklumlah sebelum memeluk Islam aku tidak pernah kelaparan. Rasanya aneh melihat orang tidak makan atau minum, padahal makanan dan minuman berlimpah. Tidak hanya itu, aku juga tidak tahu bagaimana seharusnya sikap orang yang berpuasa. Dalam benakku, berpuasa berarti tidak boleh makan dan minum sehari penuh itu saha.

Maka hari-hari menjelang Ramadhan adalah hari-hari menakutkan. Aku sampai menangis karena khawatir tidak bisa menjalani beratnya ujian puasa. Ketika esoknya harus berpuasa, malamnya aku makan sebanyak-banyaknya sampai subuh. Begitupun malam berikutnya, aku sahur dan tidak berhenti makan sebleum batas waktunya. Namun, aku toh hanya dapat menjalaninya sampai 20 hari.

Kini aku sudah terbiasa, dan puasa bukanlah suatu hal yang berat karena ternyata aku juga harus menahan diri dari segala nafsu duniawi. Maka untuk mengurangi rasa berat itu aku mengerjakan apa saja yang dapat kulakukan.

Tantangan lain yang harus kuhadapi adalah keinginanku memahami ajaran Islam seutuhnya, sebab setidaknya aku harus bisa menjawab tepat jika ada yang bertanya tentang Islam. Untuk itu aku tidak segan-segan melepas profesiku sebagai fotomodel dan mulai melakukan safari ke Uni Emirat Arab, Oman dan Bahrain untuk mendalami ajaran dan kebudayaan Islam.

Aku ikut pula menyokong kebangkitan umat Islam diseluruh dunia, khususnya berdirinya negara Palestina. Keaktifanku di "The Colour Islamic Organization" dikota Denver kumanfaatkan untuk berdiskusi tentang gerakan Palestina dalam pertemuan-pertemuan yang kami selenggarakan. Aku ingin orang-orang tidak sekedar melihat sisi ekstrem masyarakat Palestina, tetapi juga menghayati sebab-sebabnya serta esensi tujuan perjuangan mereka.

Bersekolah Sambil Berdakwah
Sejak kian mantap menjadi Muslimah, aku tak pernah ragu dan takut menunjukkan identitasku. Ketika aku memasuki Institut Komunikasi Internasional di Denver, aku selalu mengucapkan :

"My name is Alicia, I'm a Chinese-American and a Moslem."

Aku sengaja memperkenalkan diri dengan cara demikian bukan sekedar untuk menunjukkan jati diriku, melainkan juga cara untuk berdakwah. Ada beberapa teman yang tertarik dan ingin mengetahui dengan bermacam-macam tentang agama yang kuanut. Bahkan beberapa waktu sesudah itu ada yang secara khusus datang kepadaku belajar tentang Islam. Mereka juga kuajak ke Masjid untuk berdiskusi dan belajar disana. Sebab, di Masjid aku aktif memberikan pelajaran membaca Al-Quran dalam bahasa inggris kepada para wanita yang ingin memeluk agama Islam.

Secara perlahan-lahan aku mengajari dan mengetuk hati mereka, aku sendiri telah merasakan betapa beratnya seorang pemula mempelajari dan menjalani ajaran Islam. Aku juga tidak memaksa mereka, karena Islam mengajarkan bahwa tidak ada paksaan didalam memeluk suatu agama.

Setelah menyelesaikan pendidikan di Institut Komunikasi Internasional, aku menempuh Master of Arts dijurusan Administrasi Publik di Universitac Colorado. Aku tidak tahu kenapa aku yang dulu suka hura-hura selaku fotomodel, bahkan pernah menjadi cheerlader, sebagai penari terbaik diantara para penari lain, kini justru tertarik oleh bidang agama, sosial dan politik.

Semua terjadi gara-gara aku prihatin melihat nasib para gelandangan, sementara pemerintah sangat sedikit membantu kebutuhan mereka. Dana yang ada selama ini hanya diprioritaskan untuk keperluan militer. Menurut hematku, harus ada orang yang bekerja diteras pemerintahan untuk melakukan lobi dengan mereka yang duduk diatas.

Guna mewujudkan keinginanku itu, aku bergabung dengan Organisasi Sosial yang berusaha menyalurkan para duafa agar bisa bekerja dipemerintahan. Kupilih LSM, sebab disitu kami berbincang-bincang dan menghidupkan harapan para gelandangan untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik.

Namun sengaja aku tidak mau berbicara atau mendakwahkan Islam. Tugasku adalah menyembuhkan dan memulihkan mental mereka agar mau berusaha meraih hidup arti hidup. Aku berupaya memberikan penerangan kepada kaum tunawisma, kaum miskin yang tidak punya keluarga, orang-orang kecewa, orang-orang yang kecanduan alkohol dan tidak mendapat tempat layak didalam masyarakat.

Dalam organisasi sosial itu kami dan mereka bertemu sebulan sekali. Kadang-kadang hanya untuk sekedar makan malam sambil berbincang-bincang dan sedikit menumpahkan perhatian karena perhatian kita sangat penting bagi kesembuhan mereka.

Adapun untuk memberitahukan tentang Islam, aku cukup memperkenalkan identitasku dan menampilkan perilaku yang baik serta sentuhan-sentuhan dari hati-kehati yang penuh kasih sayang. Aku percaya, jika ALlah berkehendak, Ia akan membuka mata dan hati mereka untuk menjadi Muslim.

Ingin Ke Tanah Suci
Sebagaimana orang Islam pada umumnya, aku yakin terkena juga kewajiban menjalankan ibadah haji. Sebenarnya sudah lama aku ingin melaksanakan ibadah tersebut, tapi aku berniat akan berangkat setelah berumah tangga.Aku sangat iri melihat orang lain menunaikan ibadah haji. Sayang, Tuhan belum memberiku jodoh yang seiman untuk menjadi suamiku (tentu saja ia harus Muslim pula). Aku tidak mau bersuamikan non-Muslim, sebab aku takut dosa.

Sebagai gantinya, dalam waktu dekat ini aku akan melaksanakan umrah. Niat melakukan Haji biarlah kutangguhkan sementara. Selain itu aku juga punya niat akan belajar dulu di Abu Dhabi untuk memperdalam keIslamanku. Aku masih dahaga akan ilmu agama, sebab semakin aku belajar Islam, semakin aku tahu betapa piciknya aku sebagai manusia dihadapan ilmu Tuhan.

Penutup dari penulis
Pelajaran dan hikmah apa yang bisa kita ambil dari True Story diatas ? Semuanya bergantung dengan diri kita masing-masing, sampai sejauh mana keimanan kita kepada ALlah. Namun yang jelas, setiap sesuatu yang terjadi terhadap kita maupun orang lain pasti mempunyai suatu hikmah yang besar dibaliknya.

"Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
(QS. 94:5)

Banyak sekali persamaan cerita diatas dengan keadaan kita di Indonesia, terutama mengenai nasib kaum gelandangan dan duafanya. Ada berapa banyak orang-orang seperti Alicia Tung yang duduk dibangku pemerintahan RI ? yang mau memperhatikan nasib saudara-saudaranya yang jauh berada dibawah dirinya.

Berapa banyak pula orang-orang "murni" seperti Alicia yang memberikan perhatian yang begitu dalam kepada mereka yang terlantar tanpa balas jasa apapun. Bahkan dia sendiripun enggan untuk melancarkan dakwah-dakwah Islamnya kepada mereka yang jelas-jelas bergantung kepada dirinya. Bandingkan dengan upaya-upaya yang dilancarkan oleh pihak Nasrani.... tahu kan apa yang saya maksud ....(*smile*)

"Katakanlah:"Hai orang-orang kafir!" aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah Dan kamu bukan penyembah Ilah yang aku sembah Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Ilah yang aku sembah Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku"
(QS. 109 : 1-6)

Betapa mulianya ajaran Islam ini sebenarnya ....
Jauh sebelum Amerika gencar dengan berbagai komisi-komisi HAMnya, Al-Quran melalui Nabinya Muhammad Saw telah sejak jauh-jauh hari memproklamirkan tentang kebebasan Hak Asasi yang dimiliki oleh manusia. Bahkan jauh lebih sempurna dengan apa yang ada sekarang ini.

"Tidak ada paksaan untuk memeluk agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. 2:256)

"Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka." (QS. 17:13)

Wassalamualaikum, Wr. Wb.

DIALOG IBLIS (ALAIHI LAKNAT) DENGAN RASULULLAH S.A.W

Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras"

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis(alaihi laknat),"Ya Rasulullah! Mengapa tuan tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"

Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga. Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"

Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu"

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi (1) - "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?" Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"

Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah" Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda drp emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglaah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi ke 3 - "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?" Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah drp Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri(Siti Hawa) yg memerintah sekelian bidadari. Hamba bertanbah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dgn berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah drp api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi ke 4 - "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?" Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"

Soalan Nabi ke 5 - "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"

Soalan Nabi ke 6 - "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?" Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."

Soalan Nabi ke 7 - "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?" Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"

Soalan Nabi ke 8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kpd hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami.

Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi ke 9 - "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?" Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar- besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kpdnya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid" Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah pemuda pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.

Soalan Nabi ke 10 - "Bagaimana tipudaya engkau kpd umatku?" Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kpd dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuka jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur"

Soalan Nabi ke 11 - "Siapa yang serupa dengan engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"

Soalan Nabi ke 12 - " Siapa yang mencahayakan muka engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"

Soalan Nabi ke 13 - "Apakah rahsia engkau kepada umatku?" Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi ke 14 - "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi ke 15 - "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?" Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kpd Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?" Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"

Soalan Nabi ke 17 - "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"

Soalan Nabi ke 18 - "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?" Jawab Iblis - "Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"

Soalan Nabi ke 19 - "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"

Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang taat kpd kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda, 'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu' "

DIALOG RAMADHAN DI HADAPAN ALLAH

Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.

Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu recommedation bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan. Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan kenaikan BORAQ sebagai kapal terbang.

Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya "Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?" Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya'qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai.

Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.

MORAL & IKHTIBAR

o Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada pengamalnya sama ada di dalam kubur atau di akhirat kelak Fadhilat Ramadhan amat banyak tidak terbatas. Amalan puasa diberikan balasan tanpa had

o Mengosongkan perut kerana mengharap keredhaan Allah adalah satu amalan yang terpuji

o Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allah teristimewa dalam Lailatul-Qadr

o Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Syurga Firdaus

o Mereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan dengan mata kepala bersama bidadari dan kenaikan yang paling canggih.

o Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang betul sepanjang Ramadhan ini.

DOA SI-SEPET YANG MAKBUL

Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan. Pemerintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar Allah menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah; tetapi keadaan masih tidak berubah.

Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa Khalifah. "Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku." Khalifah macam tak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulamak dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?". Pemuda itu menjawab, "Insyallah doa kita akan dikabulkan!".

Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebat. Khalifah segera bertanya, "Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah." Pemuda itu menceritakan "Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahatan itu dan terus mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah mengucapkan terima kasih dan terus sujud syukur kepada Allah.

MORAL & IKHTIBAR

· Allah menurunkan bala sebagai peringatan kepada hamba-hambanya atas dosa yang dilakukan.

· Kehendak Allah mengatasi segala.

· Allah menyayangi orang yang bertaubat sehingga apa saja doanya dikabulkan Allah.

· Allah sayang kepada seseorang bukan kerana rupa dan sifat lahiriahnya, tetapi kerana sifat ubudiah dan ketaqwaannya.

· Untuk mengatasi apa jua masalah yang menimpa, Allah menganjurkan kita supaya kembali kepadaNya.

· Jangan memandang orang dari sifat lahiriahnya tetapi lihat dari segi amalan dan ketaqwaanya kepada Allah.

PERBANDINGAN DUA NEGARA

Ada 2 negara yang diperintah oleh dua kerajaan. Negara pertama diperintah oleh seorang raja yang warak, alim dan adil. Baginda mempunyai sistem pemerintahan yang benar-benar berlandaskan ajaran Allah yang suci - Islam. Visi dan misi ialah ketaatan kepada Allah dan Rasul demi kesejahteraan umat dunia dan akhirat. Berpaksikan hukum Allah dan sunnah Rasul, baginda membina empayarnya dengan saksama; dibantu oleh barisan menteri yang celik agama dan politik kenegaraan serta mempunyai prinsip yang teguh 'menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar'. Dari segi pelaksanaan undang-undang, mereka berpegang pada 'kami dengar dan kami patuh'. Ini bermakna apa jua arahan dari pihak raja akan mereka laksanakan sebaik mungkin asalkan semua arahan itu tidak menyempang dari agama Islam.

Saban siang, kesemua mereka menjalankan urusan pemerintahan dengan bersungguh-sungguh kerana menyedari bahawa mereka dipikulkan dengan satu tanggungjawab yang amat berat iaitu sebagai khalifah Allah di muka bumi. Mereka bertanggungjawab di atas apa jua tindakan yang dilakukan. Kepentingan sendiri mereka ketepi kerana mengutamakan hak dan kepentingan rakyat jelata. Oleh sebab Sang Raja mempunyai stail pentadbiran yang benar-benar telus dan lurus, maka kesemua barisan menteri, kakitangan awam dan juga swasta serta rakyat amnya memberikan sokongan padu menjayakan segala projek kerajaan sehingga negaranya sangat dihormati kerana kejayaan yang amat cemerlang dalam semua aspek kehidupan sama ada berbentuk ukhrawi atau duniawi. Kesemua tenaga kerja menyumbang ke arah menjayakan negara Islam sehinggakan doktor, peguam, peniaga, guru, arkitek, engineer, pegawai kerajaan dan lain-lain pekerja bersatu dalam menyempurnakan aspirasi Islam.

Pada malamnya pula, raja dan para menteri bangun mengerjakan solat tahajjud, meminta istighfar dan petunjuk dari Allah dalam menjalankan tugas yang dipikulkan ke atas mereka. Siang mereka bersama manusia, malamnya bersama Allah Pencipta sekalian alam.

Kejayaan dan kecemerlangan negara amat terserlah. Yang kaya menjadi bank kepada yang miskin, yang kuat menjadi pelindung yang lemah, yang mulia menjadi naungan kepada yang hina dan yang alim menjadi pemimpin yang jahil. Etika sosial begini menjadi asas kepada kejayaan negara keseluruhan. Pembangunan berjalan dengan pesat meskipun tiada projek mega yang membeban rakyat. Taraf pendidikan begitu maju dengan menekankan aspek fardhu 'ain terlebih dulu sebelum fardhu kifayah. Dalam bidang sosial pula, tidak terdapat golongan manusia yang bertuhankan kebendaan. Masalah jenayah, maksiat dan budaya lepak hampir tiada. Kecurian, penzinaan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa hampir tidak wujud di dalam kamus mereka. Pasukan polis dan askar amat mudah menjalankan tugas. Begitu juga dalam bidang ekonomi, negara menjadi kaya walaupun tidak mengamalkan sistem riba'.

Pendekata, berkat ketaqwaan dan kepatuhan kepada Allah, negara ini menjadi contoh teladan kepada negara lain seantero dunia. Allah meredhai pemerintahan raja yang menjadikan dirinya sebagai role model pemimpin yang adil. Sebagai balasan, negaranya berkat dan mendapat pengampunan dan keredhaan Allah 'Baldatun Thaiibatun Wa Rabbun Ghafur' - negara yang baik dan berkat serta mendapat pengampunan Allah. Raja negara ini berjaya membawa rakyat ke mercu kejayaan dunia dan akhirat.

Sebuah negara lagi adalah sebaliknya. Mempunyai pemerintah yang zalim. Menteri-menterinya juga ikut zalim dan rakus kuasa. Sesiapa saja yang cuba mendirikan keadilan akan dihukum dan tidak sesuai berada di dalam barisan menterinya. Harta negara dibahagi sesama mereka tanpa mempeduli hak rakyat jelata. Hak dan harta rakyat menjadi hak mereka diambil dengan sewenang. Kebajikan rakyat dan orang bawahan tidak dijaga baik, sebaliknya pendokong kerajaan dan juga para korporatnya begitu ditatang seperti menatang minyak penuh. Nama baik negara dijaga dari pandangan antarabangsa meskipun tidak diperkenan oleh rakyat jelata. Projek mewah yang langsung tiada kaitan dengan kepentingan orang bawahan begitu serius dijaga; sehingga mengorbankan kepentingan jelata.

Oleh sebab prioriti adalah untuk menegakkan ekonomi negara, maka soal lain menjadi perkara kedua yang tidak begitu penting dan tidak diberikan keutamaan. Sikap pemimpin ini menjadi ikutan orang bawah. Akhirnya matlamat hidup sebagai hamba Allah kian pupus. Manusia hidup untuk benda. Para korporat dibela. Rakyat jelata yang menaikkan mereka dibiarkan saja. Agama katanya masalah peribadi. Lahirlah satu generasi rakyat yang kosong jiwa walaupun kaya harta. Kerana mengejar benda, manusia lari dari Allah, tidak lagi melakukan solat 5 waktu. Amar makruf dan nahi mungkar tidak lagi jadi pegangan. Surau dan masjid semakin terpinggir walaupun tersergam dibina macam istana. Masjid dihias dan diceria tapi ke mana pergi jemaahnya? Yang dewasa mula longgar agama. Anak-anak mereka tidak dijaga. Larilah mereka dari rumah menurut rakan sebaya. Budaya mereka berpoya-poya. Amal ibadat jadi persenda. Ulama dan nabi dikatakan tipu daya.

Orang kaya semakin mengada, orang miskin pula kian melata. Kepada siapa ingin mengadu? Sang Menteri tidak ambil tahu. Orang ramai semakin menderita. Dunia mereka tidak dijaga. Akhirat pula dipandang hina. Akhirnya rugilah mereka kedua-dua. Sang Menteri tidak peduli apa berlaku pada remaja. Ramai melepak tak tentu hala. Pegangan agama tidak diambil kira. Sang Ulama dan Nabi dipandang hina. Tindakan mereka menjemput bala. Negara menuju saat kehancuran. Tapi menteri masih mendabik dada kononnya mereka membawa negara ke mercu jaya.

Benar sekali kata hukama, barangsiapa mengejar dunia, dunia akan terus lari. tetapi barangsiapa yang mengejar akhirat, mereka akan perolehi keduanya.

MORAL & IKHTIBAR

· Kejayaan sesebuah negara banyak bergantung kepada corak kepimpinannya.

· Pemimpin yang berjiwa Islam membawa rakyatnya ke mercu kejayaan. Sebaliknya pemimpin sekular terlalu mementingkan kekayaan dunia hingga melupakan bahagian akhirat yang kekal. Mereka sesat lagi menyesatkan.

· Pemimpin Islam sentiasa bergantung kepada Allah tetapi pemimpin sekular kuat pergantungannya dengan kemajuan ekonomi. Mereka percaya jika ekonomi kukuh, segala yang lain akan turut maju. Sikap begini boleh menjerumus atau membawa rakyat ke lembah syirik. Menganggap selain Allah memberi manfaat atau mendatangkan mudharat boleh membawa pada syirik.

· Ideologi yang tidak memberikan penekanan kepada Islam adalah sesat.

· Mana-mana raja atau pemimpin yang adil akan mendapat keredhaan Allah pada hari kiamat. Manakala pemimpin yang zalim akan dihumban ke neraka untuk menerima balasan yang setimpal dengan kezalimannya.

· Sebagai rakyat, kita wajib memberi sokongan padu kepada raja yang adil. Menyokong pemimpin yang zalim adalah haram. Memberikan sokongan kepada mereka bererti bersekongkol atau bersekutu dalam melakukan kezaliman.

· Di akhirat kita akan bersama dengan orang yang kita sayangi atau sokongi. Jika pemimpin zalim yang kita sokong masuk neraka, kita juga akan turut dimasukkan ke neraka, wal'auzubillah. Oleh itu sokonglah dan sayangilah pemimpin Islam yang berjuang menegak atau mendaulatkan agama Islam. Jika mereka masuk syurga, insyallah kita juga akan dimasukkan ke syurga. Kita bersama dengan orang yang kita sayangi.

· Amar makruf dan nahi mungkar merupakan asas kebahagiaan dan keselamatan sesebuah negara.

· Ulama adalah pewaris Nabi. Menyayangi ulama bererti menyayangi nabi. Membenci ulama jelas menunjukkan kebencian kepada nabi.

· Seseorang yang arif dan alim (tahu) dalam satu bidang keagamaan boleh dianggap ulama dalam bidang tersebut dan perlu dihormati. Tidak semestinya alim dalam kesemua bidang agama diiktiraf ulama. Mereka yang alim dalam satu perkara pun dimuliakan Allah betapa pula yang alim dalam banyak urusan agama. Siapalah kita untuk mempertikai kewibawaan ulama terutama ulama' muktabar seperti Imam Shafei atau Imam Ghazali.

· Raja adil perlu disanjung, raja zalim mesti disanggah.

· Berbahagialah sesebuah negara di mana umara' (pemimpin)nya menjadikan ulama sebagai penasihat. Tetapi amat malang sekali jika ulamanya pula mengikut telunjuk umara'nya. Ulama' begini dikategorikan sebagai ulama' suu' (ulama' jahat yang menjual agama untuk mendapat habuan dunia).

· Hidup adalah perjuangan untuk menegakkan syariat Islam. Inilah wawasan umat Islam.

Pemimpin yang sombong dan ujub tidak layak menjadi pemimpin orang-orang Islam. Sesebuah negara ibarat sebuah kapal yang sarat dengan penumpang manakala rajanya adalah jurumudi. Jurumudi yang mahir akan berjaya mengemudikan kapal ke tanah darat dengan selamat. Manakala jurumudi yang mabuk dan gila akan menyebabkan kapal terbalik dan membahayakan keselamatan penumpangnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar